Negeri Dan Laksa: Laksa Sarawak...
Salam Ceria...:)
Laksa sarawak 100% berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan kuahnya.Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari,tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Dihidang hanya dengan bee hoon sahaja .Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi. Di Sarawak hanya ada dua pengeluar pes Laksa Sarawak yang terkenal iaitu Pes Laksa Sarawak Hj Mannan dan Pes Laksa Sarawak Liza.
Selamat Mencuba......
negeri dan laksa......
Tuesday, 25 March 2014
Monday, 24 March 2014
Negeri Dan Laksa: Negeri Kelantan...
ASSALAMMUALAIKUM....
Pada kali ini kami kongsi sikit resepi @ masakan laksa ala kelantan nie.....:) bg yang suka memasak...Laksa Kelantan ini mudah nak buat dan bahan-bahan nye pun ringkas. Kalau di Kelantan, laksa juga dihidangkan untuk kenduri kesyukuran.
Selamat Mencuba....;)

Monday, 3 March 2014
Negeri Dan Laksa : Laksa Terengganu
Assalammualaikum.....
Hari ini kami kongsikan resepi dari negeri Terengganu..Laksa Terengganu merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Terengganu. Laksa Terengganu biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah, iaitu kuah masak dan kuah mentah. Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang diharong (dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning. Kuah mentah biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan. Laksa Terengganu biasanya dihidangkan dalam beberapa gabungan dengan menggunakan laksa tepong (gandum) atau laksa beras contohnya laksa tepong dan kuah masak, laksa tepong dan kuah mentah, masak, laksa beras dan kuah masak, atau laksa beras dan kuah mentah. Pada kebiasaannya laksa Terengganu di makan dengan menggunakan tangan (lebih asli)....

Negeri Dan Laksa : Laksa Johor.
Salam 1 Malaysia...
Resepi laksa kita kali ini menggunakan bahan yang berbeza seperti bahan laksa dari negeri lain.. Laksa negeri Johor ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mee yang digunakan bukannya mee laksa akan tetapi dalam resepi ini mee speegati digunakan... Dan laksa Johor ini juga dihidangakan bersama sambal belacan yang boleh menaikkan lagi selera...
Selamat Mencuba....

Sunday, 2 March 2014
Negeri Dan Laksa : Laksa Negeri Sembilan..
Salam Ceria Selalu.......
Ramai yang tidak mengetahui wujudnya laksa dari negeri ini...Oleh itu, kami ingin berkongsikan resepi laksa yang jarang didengari oleh masyarakat Malaysia....
Bagi yang inginkan kelainan, boleh mencuba resepi ini....

Tuesday, 25 February 2014
Saturday, 22 February 2014
Negeri Dan Laksa : Laksa Perlis
Salam pembuka bicara......
Resepi yang pertama kami kongsikan ialah Laksa Perlis......
Berikut merupakan resepi laksa Kuala Perlis.
Selamat mencuba.....
Negeri Dan Laksa.....:)
Salam pembuka bicara......
Resepi yang pertama kami kongsikan ialah Laksa Perlis......
Laksa Kuala Perlis merupakan laksa yang
terkenal di negeri Perlis.Laksa ini diperbuat daripada tepung beras, berkuahkan
ikan begitu berselera dimakan.
Laksa boleh dimakan sepanjang masa, samada
pagi, petang ataupun malam bersama daun putat atau selom, bawang besar,
mentimun yang dihiris halus-halus dan telur rebus.
Makanan ini begitu terkenal di sepanjang
pantai khususnya di Kuala Perlis. Mereka mengunakan acuan tertentu bagi
menghasilkan juraian-juraian laksa. Kuahnya diperbuat daripada ikan yang
direbus, dilumatkan dan dimasak dengan perencahnya.Berikut merupakan resepi laksa Kuala Perlis.
Selamat mencuba.....
Negeri Dan Laksa.....:)
Tuesday, 18 February 2014
Kebaikan Dalam Laksa : Untuk Diet
Assalamualaikum dan salam sejahtera... :)
Selamat datang ke blog Negeri & Laksa...
Informasi kami pada petang ini mengenai kebaikan yang ada di dalam semangkuk Laksa...........
Bagi kami, laksa adalah antara makanan yang sesuai untuk berdiet. Di bawah adalah antara kebaikan laksa yang kami perolehi dari sumber Susu Sejat:
- Kalori lebih rendah : Berbanding makanan berkuah yang lain memandangkan kuahnya tidak mengandungi sebarang unsur lemak yang nyata seperti santan mahupun minyak masak.
- Tinggi kandungan protein : Selain daripada kuahnya yang tinggi kandungan protein (diperbuat daripada ikan laut segar seperti ikan kembung), ia juga dimakan bersama dengan telur rebus yang juga merupakan sumber protein yang berkualiti.
- Seimbang kandungan nutrisi (makronutrien) : Dari pelbagai sumber. Karbohidrat daripada mee laksa yang diperbuat dari beras/nasi, Protein daripada telur dan kuahnya, manakala sumber lemak adalah daripada lemak omega yang terkandung pada kulit ikan kembung yang dikisar (kuantiti yang sangat kecil, justeru memadai untuk keperluan badan) dan juga dari kuning telurnya.
- Kaya serat dan mikronutrien : Sama seperti hidangan nasi harian, ia juga mengandungi pelbagai jenis sayuran yang berfungsi sebagai sumber vitamin, mineral, serat dan alkaline. Ini termasuklah timun, salad/lettuce hiris, cili merah, bawang, daum kesum, bunga kantan, dan perahan limau nipis.
- Seimbang kandungan asid-alkaline : kerana mengandungi bahan-bahan di atas.
- Tinggi sumber Kalsium : Isi ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa dikisar bersama-sama dengan tulang-tulangnya, dan seperti yang kita tahu, tulang mengandungi Kalsium.
- Daun kesum : Yang digunakan dipercayai mampu merawat bengkak, jerawat, dan kembung perut.
- Asam keping : (asam gelugor) yang digunakan dalam kuah laksa juga bukan sahaja mengandungi anti-oksidan, sebaliknya ia juga membantu dalam menukarkan lemak badan kepada tenaga apabila kalori defisit tercipta.
Negeri Dan Laksa......:)
Sunday, 16 February 2014
Khasiat Dalam Laksa: Food Label
Salam pembuka bicara.....
Perkongsian kami pada hari ini mengenai.....nutritional value untuk semangkuk hidangan laksa...
Disebabkan laksa ini bukan macam makanan proses di pasaran yang ada disertakan label makanan, mesti ramai yang kurang tahu apa kandungan utama dalam laksa ini.
satu hidangan laksa dianggarkan mempunyai berat sebanyak 450g. Maka, untuk saiz hidangan 450g, nutritional value dia adalah (ini tidak termasuk vitamin dan mineral):
a) Karbohidrat (CHO) : 82.5g [serat (fiber) : 4.9g]
b) Protein (prot) : 21.1g
c) Lemak (fat) : 1.98g
Pada penggermar tegar hidangan laksa informasi mungkin ini berguna untuk anda... Sekian...
Negeri dan Laksa......:)
Salam pembuka bicara.....
Perkongsian kami pada hari ini mengenai.....nutritional value untuk semangkuk hidangan laksa...
Disebabkan laksa ini bukan macam makanan proses di pasaran yang ada disertakan label makanan, mesti ramai yang kurang tahu apa kandungan utama dalam laksa ini.
satu hidangan laksa dianggarkan mempunyai berat sebanyak 450g. Maka, untuk saiz hidangan 450g, nutritional value dia adalah (ini tidak termasuk vitamin dan mineral):
a) Karbohidrat (CHO) : 82.5g [serat (fiber) : 4.9g]
b) Protein (prot) : 21.1g
c) Lemak (fat) : 1.98g
Berapa jumlah tenaga dalam 1 hidangan laksa?
Sila ingat bahawa
a) 1g karbohidrat = 4 kalori (kcal)
b) 1g protein = 4 kcal
c) 1g lemak = 9 kcal
Maka tenaga yang ada dalam 1 hidangan laksa adalah
a) 77.6g CHO x 4kcal = 310.4 kcal
b) 21.1g prot x 4kcal = 84.4 kcal
c) 1.98g fat x 9kcal = 17.82 kcal
* Bagi mengira tenaga untuk karbohidrat, kita perlu abaikan serat (tolak dengan serat) sebab serat tidak diserap sepenuhnya dalam badan.
Ini carta pie bagi tenaga 1 hidangan laksa
Jumlah tenaga bagi 1 hidangan laksa adalah 412.62kcal.
Berapa hidangan laksa yang memadai untuk keperluan tenaga seharian?
Untuk makluman, 3 hidangan laksa sudah cukup memenuhi keperluan tenaga anda dalam 1 hari.
Berapa jumlah kolesterol bagi 1 hidangan laksa?
Jumlah kolesterol bagi 450g hidangan laksa adalah 30.6mg kolesterol.
sumber: http://www.nutriweb.org.my/ dan cekodok.com.
Negeri dan Laksa......:)
Tuesday, 11 February 2014
Laksa
Assalamualaikum dan salam sejahtera... :)
Selamat datang ke blog Negeri & Laksa...
Selamat datang ke blog Negeri & Laksa...
Laksa merupakan sejenis makanan yang diperbuat seperti mee dan dimakan bersama dengan kuah laksa dari pelbagai rempah ratus, termasuklah bunga kantan, asam keping, daun kesum dan juga isi ikan segar dikisar yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari
orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa nie mungkin
berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada
banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. Rasa kuah laksa yang dibuat sendiri adalah lebih asli, lebih pekat dan sedikit masam.
Terdapat pelbagai jenis laksa contohnye adalah seperti :
1) Laksa Perlis
2) Laksa Kedah
3) Laksa Peneng
4) Laksa Perak
5) Laksa Kelantan
6) Laksa Terengganu
7) Laksa Pahang
8) Laksa Selangor
9) Laksa Kuala Lumpur
10) Laksa Negeri Sembilan
11) Laksa Melaka
12) Laksa Johor
13) Laksa Sabah
14) Laksa Sarawak
Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai maklumat mengenai resepi-resepi laksa dan cara pembuatannya dari semua negeri di Malaysia,anda perlulah singgah di blog ini mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.
Negeri dan Laksa......:)
Subscribe to:
Posts (Atom)