Salam pembuka bicara.....
Perkongsian kami pada hari ini mengenai.....nutritional value untuk semangkuk hidangan laksa...
Disebabkan laksa ini bukan macam makanan proses di pasaran yang ada disertakan label makanan, mesti ramai yang kurang tahu apa kandungan utama dalam laksa ini.
satu hidangan laksa dianggarkan mempunyai berat sebanyak 450g. Maka, untuk saiz hidangan 450g, nutritional value dia adalah (ini tidak termasuk vitamin dan mineral):
a) Karbohidrat (CHO) : 82.5g [serat (fiber) : 4.9g]
b) Protein (prot) : 21.1g
c) Lemak (fat) : 1.98g
Berapa jumlah tenaga dalam 1 hidangan laksa?
Sila ingat bahawa
a) 1g karbohidrat = 4 kalori (kcal)
b) 1g protein = 4 kcal
c) 1g lemak = 9 kcal
Maka tenaga yang ada dalam 1 hidangan laksa adalah
a) 77.6g CHO x 4kcal = 310.4 kcal
b) 21.1g prot x 4kcal = 84.4 kcal
c) 1.98g fat x 9kcal = 17.82 kcal
* Bagi mengira tenaga untuk karbohidrat, kita perlu abaikan serat (tolak dengan serat) sebab serat tidak diserap sepenuhnya dalam badan.
Ini carta pie bagi tenaga 1 hidangan laksa
Jumlah tenaga bagi 1 hidangan laksa adalah 412.62kcal.
Berapa hidangan laksa yang memadai untuk keperluan tenaga seharian?
Untuk makluman, 3 hidangan laksa sudah cukup memenuhi keperluan tenaga anda dalam 1 hari.
Berapa jumlah kolesterol bagi 1 hidangan laksa?
Jumlah kolesterol bagi 450g hidangan laksa adalah 30.6mg kolesterol.
sumber: http://www.nutriweb.org.my/ dan cekodok.com.
Negeri dan Laksa......:)
No comments:
Post a Comment