TuneList - Make your site Live

Tuesday, 18 February 2014


Kebaikan Dalam Laksa : Untuk Diet

Assalamualaikum dan salam sejahtera... :)
Selamat datang ke blog Negeri & Laksa...


Informasi kami pada petang ini mengenai kebaikan yang ada di dalam semangkuk Laksa...........

Bagi kami, laksa adalah antara makanan yang sesuai untuk berdiet. Di bawah adalah antara kebaikan laksa yang kami perolehi dari sumber Susu Sejat:

  1. Kalori lebih rendah :                                                                   Berbanding makanan berkuah yang lain memandangkan kuahnya tidak mengandungi sebarang unsur lemak yang nyata seperti santan mahupun minyak masak.
  2. Tinggi kandungan protein :                                                        Selain daripada kuahnya yang tinggi kandungan protein (diperbuat daripada ikan laut segar seperti ikan kembung), ia juga dimakan bersama dengan telur rebus yang juga merupakan sumber protein yang berkualiti.
  3. Seimbang kandungan nutrisi (makronutrien) :                              Dari pelbagai sumber. Karbohidrat daripada mee laksa yang diperbuat dari beras/nasi, Protein daripada telur dan kuahnya, manakala sumber lemak adalah daripada lemak omega yang terkandung pada kulit ikan kembung yang dikisar (kuantiti yang sangat kecil, justeru memadai untuk keperluan badan) dan juga dari kuning telurnya.
  4. Kaya serat dan mikronutrien :                                                      Sama seperti hidangan nasi harian, ia juga mengandungi pelbagai jenis sayuran yang berfungsi sebagai sumber vitamin, mineral, serat dan alkaline. Ini termasuklah timun, salad/lettuce hiris, cili merah, bawang, daum kesum, bunga kantan, dan perahan limau nipis.
  5. Seimbang kandungan asid-alkaline :                                            kerana mengandungi bahan-bahan di atas.
  6. Tinggi sumber Kalsium :                                                                     Isi ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa dikisar bersama-sama dengan tulang-tulangnya, dan seperti yang kita tahu, tulang mengandungi Kalsium.
  7. Daun kesum : Yang digunakan dipercayai mampu merawat bengkak, jerawat, dan kembung perut. 
  8. Asam keping : (asam gelugor) yang digunakan dalam kuah laksa juga bukan sahaja mengandungi anti-oksidan, sebaliknya ia juga membantu dalam menukarkan lemak badan kepada tenaga apabila kalori defisit tercipta.

Negeri Dan Laksa......:)

No comments:

Post a Comment