Selamat datang ke blog Negeri & Laksa...
Laksa merupakan sejenis makanan yang diperbuat seperti mee dan dimakan bersama dengan kuah laksa dari pelbagai rempah ratus, termasuklah bunga kantan, asam keping, daun kesum dan juga isi ikan segar dikisar yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari
orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa nie mungkin
berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada
banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. Rasa kuah laksa yang dibuat sendiri adalah lebih asli, lebih pekat dan sedikit masam.
Terdapat pelbagai jenis laksa contohnye adalah seperti :
1) Laksa Perlis
2) Laksa Kedah
3) Laksa Peneng
4) Laksa Perak
5) Laksa Kelantan
6) Laksa Terengganu
7) Laksa Pahang
8) Laksa Selangor
9) Laksa Kuala Lumpur
10) Laksa Negeri Sembilan
11) Laksa Melaka
12) Laksa Johor
13) Laksa Sabah
14) Laksa Sarawak
Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai maklumat mengenai resepi-resepi laksa dan cara pembuatannya dari semua negeri di Malaysia,anda perlulah singgah di blog ini mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.
Negeri dan Laksa......:)
Salam
ReplyDelete