TuneList - Make your site Live

Tuesday, 25 February 2014

Negeri Dan Laksa: Laksa Peneng

Salam Pembuka Bicara......

Pada paginya, kami mengkongsikan resepi Laksa Kedah. Petang ini kami ingin kongsikan pula resepi Laksa Peneng...

SELAMAT MENCUBA RESEPI LAKSA PENENG.........

Negeri Dan Laksa......

Negeri dan laksa: LAKSA KEDAH


ASSALAMUALAIKUM =)


Resepi Laksa pada pagi ini adalah LAKSA KEDAH...muahaha
mesti ramai yang suka kan laksa ni tapi tak tau macam mana nak buat??
mai cek nak ceqhita kat hangpa macam na nak buat laksa ni..

SELAMAT MENCUBA......=)

Negeri Dan Laksa.......

Saturday, 22 February 2014

Negeri Dan Laksa : Laksa Perlis

Salam pembuka bicara......

Resepi yang pertama kami kongsikan ialah Laksa Perlis......
Laksa Kuala Perlis merupakan laksa yang terkenal di negeri Perlis.Laksa ini diperbuat daripada tepung beras, berkuahkan ikan begitu berselera dimakan.

Laksa boleh dimakan sepanjang masa, samada pagi, petang ataupun malam bersama daun putat atau selom, bawang besar, mentimun yang dihiris halus-halus dan telur rebus.
Makanan ini begitu terkenal di sepanjang pantai khususnya di Kuala Perlis. Mereka mengunakan acuan tertentu bagi menghasilkan juraian-juraian laksa. Kuahnya diperbuat daripada ikan yang direbus, dilumatkan dan dimasak dengan perencahnya.

 Berikut merupakan resepi laksa Kuala Perlis.



Selamat mencuba.....

Negeri Dan Laksa.....:)

Tuesday, 18 February 2014


Kebaikan Dalam Laksa : Untuk Diet

Assalamualaikum dan salam sejahtera... :)
Selamat datang ke blog Negeri & Laksa...


Informasi kami pada petang ini mengenai kebaikan yang ada di dalam semangkuk Laksa...........

Bagi kami, laksa adalah antara makanan yang sesuai untuk berdiet. Di bawah adalah antara kebaikan laksa yang kami perolehi dari sumber Susu Sejat:

  1. Kalori lebih rendah :                                                                   Berbanding makanan berkuah yang lain memandangkan kuahnya tidak mengandungi sebarang unsur lemak yang nyata seperti santan mahupun minyak masak.
  2. Tinggi kandungan protein :                                                        Selain daripada kuahnya yang tinggi kandungan protein (diperbuat daripada ikan laut segar seperti ikan kembung), ia juga dimakan bersama dengan telur rebus yang juga merupakan sumber protein yang berkualiti.
  3. Seimbang kandungan nutrisi (makronutrien) :                              Dari pelbagai sumber. Karbohidrat daripada mee laksa yang diperbuat dari beras/nasi, Protein daripada telur dan kuahnya, manakala sumber lemak adalah daripada lemak omega yang terkandung pada kulit ikan kembung yang dikisar (kuantiti yang sangat kecil, justeru memadai untuk keperluan badan) dan juga dari kuning telurnya.
  4. Kaya serat dan mikronutrien :                                                      Sama seperti hidangan nasi harian, ia juga mengandungi pelbagai jenis sayuran yang berfungsi sebagai sumber vitamin, mineral, serat dan alkaline. Ini termasuklah timun, salad/lettuce hiris, cili merah, bawang, daum kesum, bunga kantan, dan perahan limau nipis.
  5. Seimbang kandungan asid-alkaline :                                            kerana mengandungi bahan-bahan di atas.
  6. Tinggi sumber Kalsium :                                                                     Isi ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa dikisar bersama-sama dengan tulang-tulangnya, dan seperti yang kita tahu, tulang mengandungi Kalsium.
  7. Daun kesum : Yang digunakan dipercayai mampu merawat bengkak, jerawat, dan kembung perut. 
  8. Asam keping : (asam gelugor) yang digunakan dalam kuah laksa juga bukan sahaja mengandungi anti-oksidan, sebaliknya ia juga membantu dalam menukarkan lemak badan kepada tenaga apabila kalori defisit tercipta.

Negeri Dan Laksa......:)

Sunday, 16 February 2014

Khasiat Dalam Laksa: Food Label

Salam pembuka bicara.....

Perkongsian kami pada hari ini mengenai.....nutritional value untuk semangkuk hidangan laksa...
Disebabkan laksa ini bukan macam makanan proses di pasaran yang ada disertakan label makanan, mesti ramai yang kurang tahu apa kandungan utama dalam laksa ini.

satu hidangan laksa dianggarkan mempunyai berat sebanyak 450g. Maka, untuk saiz hidangan 450g, nutritional value dia adalah (ini tidak termasuk vitamin dan mineral):

a) Karbohidrat (CHO) : 82.5g [serat (fiber) : 4.9g]
b) Protein (prot) : 21.1g
c) Lemak (fat) : 1.98g



Berapa jumlah tenaga dalam 1 hidangan laksa?

Sila ingat bahawa
a) 1g karbohidrat = 4 kalori (kcal)
b) 1g protein = 4 kcal
c) 1g lemak = 9 kcal

Maka tenaga yang ada dalam 1 hidangan laksa adalah
a) 77.6g CHO x 4kcal = 310.4 kcal
b) 21.1g prot x 4kcal = 84.4 kcal
c) 1.98g fat x 9kcal = 17.82 kcal
* Bagi mengira tenaga untuk karbohidrat, kita perlu abaikan serat (tolak dengan serat) sebab serat tidak diserap sepenuhnya dalam badan.

Ini carta pie bagi tenaga 1 hidangan laksa

Jumlah tenaga bagi 1 hidangan laksa adalah 412.62kcal.

Berapa hidangan laksa yang memadai untuk keperluan tenaga seharian?
Untuk makluman, 3 hidangan laksa sudah cukup memenuhi keperluan tenaga anda dalam 1 hari.

Berapa jumlah kolesterol bagi 1 hidangan laksa?
Jumlah kolesterol bagi 450g hidangan laksa adalah 30.6mg kolesterol.



Pada penggermar tegar hidangan laksa informasi mungkin ini berguna untuk anda... Sekian...

Negeri dan Laksa......:)


Tuesday, 11 February 2014

Laksa

Assalamualaikum dan salam sejahtera... :)
Selamat datang ke blog Negeri & Laksa...






Laksa merupakan sejenis makanan yang diperbuat seperti mee dan dimakan bersama dengan kuah laksa dari pelbagai rempah ratus, termasuklah bunga kantan, asam keping, daun kesum dan juga isi ikan segar dikisar yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa nie mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. Rasa kuah laksa yang dibuat sendiri adalah lebih asli, lebih pekat dan sedikit masam. 


Terdapat pelbagai jenis laksa contohnye adalah seperti :

1)   Laksa Perlis

2)  Laksa Kedah

3)  Laksa Peneng

4)  Laksa Perak

5)  Laksa Kelantan

6)   Laksa Terengganu

7)  Laksa Pahang

8)  Laksa Selangor

9)   Laksa Kuala Lumpur

10)   Laksa Negeri Sembilan

11) Laksa Melaka

12) Laksa Johor

13) Laksa Sabah

14) Laksa Sarawak


Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai maklumat mengenai resepi-resepi laksa dan cara pembuatannya dari semua negeri di Malaysia,anda perlulah singgah di blog ini mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.

Negeri dan Laksa......:)