TuneList - Make your site Live

Tuesday, 25 March 2014

Negeri Dan Laksa: Laksa Sarawak...

Salam Ceria...:)


Laksa sarawak 100% berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan kuahnya.Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari,tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Dihidang hanya dengan bee hoon sahaja .Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi. 
Di Sarawak hanya ada dua pengeluar pes Laksa Sarawak yang terkenal iaitu Pes Laksa Sarawak Hj Mannan dan Pes Laksa Sarawak Liza.




Selamat Mencuba......

negeri dan laksa......

Monday, 24 March 2014

Negeri Dan Laksa: Negeri Kelantan...

ASSALAMMUALAIKUM....


Pada kali ini kami  kongsi sikit resepi @ masakan laksa ala kelantan nie.....:) bg yang suka memasak...Laksa Kelantan ini mudah nak buat dan bahan-bahan nye pun ringkas. Kalau di Kelantan, laksa juga dihidangkan untuk kenduri kesyukuran.




Selamat Mencuba....;)

negeri dan laksa......

Monday, 3 March 2014

Negeri Dan Laksa : Laksa Terengganu

Assalammualaikum.....

Hari ini kami kongsikan resepi dari negeri Terengganu..Laksa Terengganu merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Terengganu. Laksa Terengganu biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah, iaitu kuah masak dan kuah mentah. Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang diharong (dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning. Kuah mentah biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan. Laksa Terengganu biasanya dihidangkan dalam beberapa gabungan dengan menggunakan laksa tepong (gandum) atau laksa beras contohnya laksa tepong dan kuah masak, laksa tepong dan kuah mentah, masak, laksa beras dan kuah masak, atau laksa beras dan kuah mentah. Pada kebiasaannya laksa Terengganu di makan dengan menggunakan tangan (lebih asli)....



Negeri Dan Laksa : Laksa Pahang..

Salam Ceria.....


Jangan tidak tahu, Negeri Pahang juga mempunyai Laksa yang tersendiri..
Kami kongsikan resepi laksa Negeri Pahang.....

Selamat mencuba resepi ini....

negeri dan laksa......
Negeri Dan Laksa : Laksa Johor.

Salam 1 Malaysia...

Resepi laksa kita kali ini menggunakan bahan yang berbeza seperti bahan laksa dari negeri lain.. Laksa negeri Johor ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mee yang digunakan bukannya mee laksa akan tetapi dalam resepi ini mee speegati digunakan... Dan laksa Johor ini  juga dihidangakan bersama sambal belacan yang boleh menaikkan lagi selera...


 Selamat Mencuba....

negeri dan laksa......

Sunday, 2 March 2014

Negeri Dan Laksa : Laksa Melaka.


Assalammualaikum.......

Resepi kami yang seterusnya datangnya dari negeri Melaka Bandar Bersejarah...
Selamat Mencuba Resepi ini.....

negeri dan laksa......
Negeri Dan Laksa : Laksa Negeri Sembilan..

Salam Ceria Selalu.......

Ramai yang tidak mengetahui wujudnya laksa dari negeri ini...Oleh itu, kami ingin berkongsikan resepi laksa yang jarang didengari oleh masyarakat Malaysia....

Bagi yang inginkan kelainan, boleh mencuba resepi ini....

negeri dan laksa......
Negeri dan Laksa : Laksa Perak.

Salam Ceria.....

Dalam pengkongsian hari ini, kami akan berkongsi resepi laksa negeri Perak....


SELAMAT MENCUBA........

negeri dan laksa......